Kursus Jangka Pendek Bun Pelbagai by Tepung Primix Nur Family's

3 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2019 (Isnin) - Syarikat Kekal Indah menganjurkan Kursus Jangka Pendek Bun Pelbagai by Tepung Primix Nur Family's di Pusat Internet PPR Taman Dahlia dengan jayanya. Kursus ini dikendalikan oleh Pn. Khadijah, pengeluar Tepung Primix Nur Family's yang merupakan tenaga pengajar untuk Kursus Bun Pelbagai ini. Selain itu, sijil kursus ini diiktiraf oleh Kolej Komuniti, Kuching dan dibawah seliaan mereka.
Kursus ini dihadiri seramai 28 orang peserta dan yuran kursus adalah sebanyak RM35.00 seorang. Peserta kursus akan diberikan 10 resipi pelbagai bun secara percuma dengan pelbagai teknik menghasilkan bun yang terbaik.

Setelah tamat kursus, peserta layak untuk menerima sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh Kolej Komuniti.
Kebaikan aktiviti :
1. Sijil kehadiran kursus akan diberikan kepada para peserta dan mendapat pengesahan dari pihak Kolej Komuniti
2. Para peserta mempelajari ilmu baru dan teknik-teknik penghasilan doh dan bun yang terbaik.
3. Menambah ilmu dan juga kenalan antara para usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali